<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Tentang... Dhiya

[archive] #1
[archive] #2
[archive] #3
[archive] #4
[archive] #5
[archive] #6
[archive] #7
[untold] #1



kazukimahiru [at] yahoo.com

~ she ~

me on Twitter

stats


web counters





*HUGS* TOTAL! give syud more *HUGS*
Get hugs of your own


eXTReMe Tracker







Syuhada Sharif's Facebook profile

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, July 14, 2009
Ogos 2009 *updated*

Pelangi
Noor Suraya, Hlovate & Syud



Pelangi: Pelangi

*****************

"I have MY wedding planner! Can you imagine that?" Bebelan itu bermula lagi. Juga mengulang ayat yang sama.

"You jangan gelakkan I!"

"I can't help it."

Suara di hujung talian terhenti. Kedengaran wanita itu menarik nafas.

"Mungkin ke I salah faham apa yang mama I beritahu? I rasa mama I cakap, you mungkin setuju..."

Soalan itu kelihatan berjaya menjerat Iman. Dia diam lagi. Mungkin sedang memikirkan jawapan. Atau mungkin sedang menenangkan dirinya.

"You pun dengar I cakap 'mungkin' kan?" akhirnya suara itu perlahan bertanya. "... 'mungkin' is 'maybe' in English. Kalau you tak pernah dengar la kosa kata tu."

Usamah tersenyum kecil mendengar nada sinis itu. "I tau Cik Iman. Dan I juga tau mungkin is a close call to 'yes'."


****************

 

"Boleh tak you jangan jadi superwoman once in a while? Boleh tak you bagi I tolong you?"



"....And all of your weight, all you dream
Falls on me, it falls on me
And your beautiful sky, the light you bring
Falls on me, it falls on me..."


Falls On Me - Fuel


for more info pls visit
www.jemariseni.com


Something borrowed:

Excerpts of lyrics used

m/s 190
Boyz II Men – On Bended Knee

m/s 152
Westlife – What Makes A Man

m/s 199
Naff – Kau Masih Kekasihku

m/s 205
Dewa – Cintakan Membawamu Kembali



Posted at 05:51 pm by ryu-hada
Comments (15)  

Tuesday, June 16, 2009
adlib ~ you had me from hello

Kad kecil itu dibuka, dan spontan ketawa kecil terlepas dari bibirnya yang sedia tersenyum.

The first time I saw you it felt like coming home
If I never told you I just want you to know
You had me from hello

Tangannya cekap sahaja mencapai telefon dan menekan speed dial 2.

"Hello? You, you had me from hello? Okay sekarang I tau kenapa you asyik dengar lagu tu je dalam kereta-"

"You dah dapat kad tu? Cepatnya."

"Excuse me… we are working kat daerah yang sama. So what's all this?"

Kedengaran suara di hujung talian ketawa. "Tak ada apa-apa."

Matanya dikecilkan. "Mesti ada. You ada buat salah ek? Apa kali ni? You lupa bagi ikan dalam akuarium tu makan?"

"No!"

"Then?"

"I jealous dengan Jerry Maguire." Cepat suara itu menutur. Lepas tu terus senyap. Gaya macam terlepas cakap sesuatu yang tidak sepatutnya terlepas.

"Huh?"

"The other day… masa kita tengok Jerry Maguire. You kata dia cool kan?"

Dia terus ketawa kuat. "Astaga… tapi yang cakap you had me at hello tu Dorothy la bukan Jerry Maguire!"

"I tau."

Kalau suara boleh tersenyum, dia tahu 'suara' di hujung sana sedang tersenyum lucu.

"So… I had you at hello eh? Which hello?"

"Eh I ada hal. Talk to you later?"

"Saja!!!!"

"Ta ta. Love you."

Bunyi 'klik' di hujung talian menandakan talian benar-benar diputuskan. Dia sekadar tersenyum, dan kad itu ditenung sekali imbas.

You had me from hello.

Kad comel itu kembali disimpan ke dalam sampulnya yang juga comel.


*************

You Had Me From Hello - a track by Bon Jovi off Bounce

Posted at 08:51 am by ryu-hada
Comments (7)  

Tuesday, April 28, 2009
post-PBAKL

salam semua :)

terima kasih pada yang sudi menjengah ke booth JS sepanjang pesta buku. kalau ada yang terkurang, harap dimaafkan :)


moga jumpa lagi tahun depan, InsyaAllah.


juga utk...

  • pada yang rajin menjengah ke blog ni, maaf jugak sebab dah berzaman tak update.
  • sesapa yang tanya about the next book, maaf jugak sebab jawapan mungkin kurang memuaskan :(
  • pada yang tanya kalau saya ada the other blog, the answer is yes. it's more to personal blog and nothing important there pun. hehehe


and lastly...
jangan berhenti menyokong JS =D

Posted at 03:27 pm by ryu-hada
Comment (1)  

Wednesday, April 01, 2009
PBAKL 2009 - 17-26 Apr 2009







arikh
(Hari)

Sesi I
10 pagi – 2 petang

Sesi II
2 petang – 6 petang

17 April 2009(Jumaat)

  • IMAEN
  • IMAN XARA
  • SYUD
  • IMAN XARA

18 April 2009(Sabtu)

  • PINGU TOHA
  • AIDIL KHALID
  • NAZURAH AISHAH
  • IMAEN
  • PINGU TOHA
  • AIDIL KHALID
  • NAZURAH AISHAH
  • SYUD

19 April 2009(Ahad)

  • IMAN XARA
  • IMAEN
  • NAZAWATI
  • NAZURAH AISHAH
  • IMAN XARA
  • IMAEN
  • NAZAWATI
  • SYUD

24 April 2009(Jumaat)

  • SYUD
  • NAZAWATI
  • IMAEN
  • SYUD
  • NAZAWATI
  • IMAEN

25 April 2009(Sabtu)

  • JOHN NORAFIZAN
  • NAZURAH AISHAH
  • MANJLARA
  • PINGU TOHA
  • JOHN NORAFIZAN
  • NAZURAH AISHAH
  • SYUD
  • IMAN XARA

26 April 2009(Ahad)

  • NAZURAH AISHAH
  • IMAEN
  • NAZAWATI
  • RYNSA
  • JOHN NORAFIZAN
  • NAZURAH AISHAH
  • NAZAWATI
  • RYNSA
 
** NOOR SURAYA akan berada di Pesta Buku setiap hari, insya-Allah.

 

 

Posted at 01:29 pm by ryu-hada
Comment (1)  

Sunday, January 11, 2009
Namanya... Teja Aulia ~ adlib #1

Nama saya Teja Aulia. Umur saya tujuh tahun.
Kata Adil, saya banyak cakap. Dia kata dia penat dengar saya cakap. Lepas tu saya ketuk kepala dia dengan songkok yang dia suruh saya pegang, baru dia kata dia main-main jek.

 

 

Apa yang lebih mudah, bersuara atau berdiam diri?

Dari malam semalam, dia termenung seolah-olah cuba untuk memikirkan pilihan yang lebih tepat. Dia jenuh menimbang tara, apa yang patut dibuat.

Satu keluhan dilepaskan. Pen ditangan ditutup.

"Confess Adil. Confess."

"Kau sebut lagi perkataan tu, aku buang gitar kau Pacai. I mean it."

Kelihatannya ugutan itu berjaya kerana lamunannya selama beberapa minit seterusnya itu lancar tiada gangguan.

Cakap? Atau terus diam dan diam dan diam?

Lamunannya terganggu dek petikan gitar yang memang diketahui dari mana asalnya. Petikan gitar yang disertai dengan suara nada bariton milik teman sebiliknya yang begitu setia membuatkan fikirannya tambah kusut.

"How long must you wait for it
How long must you pay for it
How long must you wait for it
Oh for it..."

Adil menekup wajah. "Pacai... please. Kau membuatkan aku rasa Coldplay is the biggest mistake."

"I was scared, I was scared
Tired and under prepared
But I'll wait for it.."

Namun kelihatannya Chris Martin wannabe itu tak faham bahasa rupanya. Mujur suara bariton yang hampir tiada nada bila menyanyi itu sudah berhenti menyanyi selepas mengalunkan dua rangkap lagu.

"Ye lah... aku tau la aku tak ada tune."

Adil sekadar mecebik. Dia kembali menghadap sketch book yang terbuka di hadapannya. Dia sudah sedia meminjam tabiat Azril – melakar entah apa-apa pada kertas kosong jika ada sesuatu yang sibuk bermain di fikiran. Kalau Azril suka lukis kartun, dia pula suka melukis lakaran abstrak yang bila ditanya – "Kau lukis apa ni?", dia akan menelek lakarannya itu, menjongket bahu dan menjawab "Entah."

"Dia tak ada aku dalam fikiran dia." Adil menutur tiba-tiba, perlahan sekali.

"Hah?"

Dia terlupa Pacai mempunyai telinga yang cekap mengesan bunyi.

"Tak ada apa-apa lah." Adil pantas memintas. Pensel mekanikal yang tergeletak di sisi buku berkulit coklat itu kembali dicapai.

"Siapa yang tak ada kau dalam fikiran dia?"

Adil tidak menjawab. Tangannya melarikan pensel itu, cuba melukis sebatang pokok kelapa.

"Minggu ni kau jumpa dia tak?"

"Tak kot." Adil menjawab malas. "Aku bukan boyfriend dia."

"Tapi kau kan best friend dia."

Ayat itu nampaknya perkara terakhir yang Adil mahu dengar. Pensel di tangan dicampak ke atas meja, dan dia segera bangun. Telunjuknya dituding ke arah Pacai.

"Pacai, stop saying all this boleh tak? Cuba untuk sekali, sekali je jangan sebut langsung pasal benda ni, boleh tak?!"

Pacai kelihatannya tidak terganggu langsung dengan nada suaranya yang jelas meninggi.

"So baru sekarang aku nampak kau hilang sabar. Now you are normal."

Adil tidak mempedulikan kata-kata Pacai itu, dan terus menapak keluar dari bilik.

Now, I am normal?

Normal la sangat....

 

********

but now there's nothing left to do but waste my time
i never knew where to move on, i never knew what to rely upon
now there's nothing left to say to change your mind
and if you're unhappy still i will be hanging on your line
should you return, should you return, should you return


excerpts of lyrics from:

In My Place - Coldplay
Should You Return - Copeland




Posted at 10:18 pm by ryu-hada
Comments (11)  

Next Page